Isnin, 14 Mei 2012

Tautan Jemari..

LC merah yang aku bonceng setiap hari telah sampai ke sekolah..
Aku menghulurkan tangan untuk bersalaman,
Ye, jari jemari kami bertautan, aku menundukkan muka untuk mencium tangan suamiku.. Apakah benaknya hari ini terasa kelainannya.. Bukan aku tak pernah cium tangan suamiku semenjak kami bernikah 6 tahun yang lalu.. Entah ye, kadang2 aje kita rasa satu perasaan halus menyelinap~ oh ini suamiku yang ku nikahi.. Yang aku taklifkn untuk menjaga amanah, mendidik aku menjadi manusia yang baik walau tidak sempurna.. Yang aku beri kepercayaan untuk menjadi walid kepada nurcinta kami, mujahid2 kecil aku yang cumil ðŸ™‚
Yang boleh menjadi imam keluarga kami,
Teman bermuhasabah, bergosip, bergaduh, bermanja2, bersembangg2
Rupa2, banyak betul yang aku doakan & memberi rasa yakin kepadanya..
Andaikata satu hari, dia tiada disisiku? Aku tak nak membayangkannya cuma sering berfikir~
Paling ku rasakan, aduhai,lembut sungguh tanganmu hairulhazan~ walla weh, tanganku ini kasar.. ðŸ˜¦
Sungguh, ekau itu suami den..& den cintai ekau selamanya ðŸ™‚

Sport Day

Dua hari lepas, saya bersama keluarga telah pergi ke hari sport day Khadiijah Wafi di Stadium MPSJ, Subang Jaya. Malam sebelumnya, kami berhasrat hanya pergi bertiga, meninggalkan Aaminah Wafi dan Afkaar Wafi disebabkan beberapa faktor antaranya faktor cuaca. Kami juga boleh menumpukan perhatian kepada Khadiijah Wafi memandangkan hari sport Day ini merupakan salah satu sejarah dalam kehidupan dia..
Pukul 6.30 pagi, Afkaar Wafi telah pun bangun dari tidur. Tidak lama selepas itu, Aaminah Wafi pun juga telah sedar dari tidur.. Melihat kepada wajah mereka, timbul perasaan tidak sampai hati untuk meninggalkan mereka. Kami membawa mereka dan telah membuat jangkaan yang harus ditangani apabila berkeputusan untuk membawa mereka bersama. Setelah sejam berada di padang, Aaminah Wafi telah mula berasa tidak selesa kepanasan dan seperti dijangka, kami memerlukan kesabaran yang tinggi untuk mengatasi keadaan tersebut.
Khadiijah Wafi telah bertanding dalam satu permainan dan kumpulannya telah mendapat tempat kedua. Sayangnya, kami tidak dapat mengambil gambar yang banyak kerana pertama; ada dua orang lagi anak yang perlu diberi perhatian, kedua;memory handset yang tidak mencukupi untuk mengambil lebih banyak gambar.
Saya berfikir, sayangnya saya tidak mengambil gambar yang banyak di hari sukan Khadiijah Wafi sebagai kenangan di masa hadapan. Peristiwa tersebut, 20 tahun lagi belum tentu Khadiijah Wafi masih mengingatinya. Bahkan, kerana faktor usia, saya pun belum tentu mampu mengingatinya dengan jelas. Gambar-gambar yang diambil inilah yang akan menceritakan semula kisah tersebut.

Lebih dari itu, gambar-gambar ini juga yang akan ditunjukkan oleh Khadiijah Wafi kepada anak-anaknya suatu ketika kelak apabila menceritakan kisah hidupnya ketika kecil. Malah, lebih lebih dan lebih dari itu, gambar ini jugalah yang akan diceritakan oleh Khadiijah Wafi kepada cucu-cucunya kelak. “Inilah gambar nenek sewaktu berusia 6 tahun dahulu”…
Saya juga berfikir, sekiranya ditakdirkan Khadiijah Wafi menjadi salah seorang yang terkemuka di malaysia, mungkin menjadi seorang Profesor, seorang Menteri mahupun seorang Perdana Menteri, pasti terdapat individu-individu yang akan mengkaji biografi kehidupan dia, maka gambar-gambar inilah yang akan menjadi sumber kajian individu tersebut…lihatlah, sangat bernilainya gambar dua hari lepas terhadap hari-hari kemudian.
Jauhnya saya melihat kehadapan, perkara yang belum pasti menjadi. Walaubagaimanapun, persediaannya harus bermula dari sekarang..
Seingat saya, kamera saya yang pertama dibeli pada tahun 2003, di PC Fair, PWTC berharga dalam lingkungan rm350. Megapikselnya sangat rendah, mengambil sekeping gambar, kalau besarkan gambar tersebut di komputer, gambar tersebut akan pecah- pecah. Selepas itu, dalam tahun 2006, saya membelikan isteri kamera Olympus berharga lebih kurang rm1500 dan boleh dikatakan antara kamera tercanggih ketika itu, boleh mengambil gambar di dalam air, tahan jatuh. Selepas itu, saya banyak mengambil gambar menggunakan handset Sony Erikcson dan selepas tamatnya riwayat handset tersebut, kini saya menggunakan kamera Nokia E72 untuk mengambil gambar, walaupun megapikselnya suda ketinggalan zaman, tapi ianya amat mudah di bawa kemana-mana untuk mengambil gambar. Amat seronok sekiranya dapat memiliki sebuah kamera NIKON DSR300. Ada Rezeki lebih, bolehlah membeli sebiji untuk mengambil gambar kenang-kenangan keluarga disamping berhasrat untuk membelikan isteri IPhone 4s, amik gambar boleh terus post ke blog.
Khadiijah Wafi ketika berada di dalam perbarisan

















Bersama rakan-rakan berbangsa Cina

Sabtu, 12 Mei 2012

Apabila anak-anak tidur

1) terasa benar sunyinya hidup
2) ada masa ” me time”
3) banyak keje rumah boleh dibereskan macam lipas kudung
4) bersenang-senang macam dunia ini aku yang punya ðŸ™‚
5) bosan betul

6) tak ada budak nak disakat
7) tak ada jawapan yang nak diberikan
8) asyik dok mencium aje dengan harapan mereka bangun
9) macam mati kutu aje..
10) anje tengok muka sayang, sayang tengok muka anje.. Bersembang2 berkisar pasal macam2 hal.. Topik hangat mesti tentang anak2 ðŸ™‚

Rumusan ~ mujahid kami, nurcinta kami.. Kalianlah racun, kalian jugalah penawar..
Semoga menjadi yang terbaik, muslim yang mukmin.. Rasa hidup bertuhan..
Walid&Ummi sangat sayang kak long, adik & abang selamanya..




School holiday is coming, yeeehaaa!

Lagi 2 minggu cuti sekolah nak datang.. Macam2 plan kami listkan untuk mujahid2 yang cumil ini ðŸ™‚
1) Nak tidur kat hotel – pilihan kami, de palma hotel kuala selangor 3hari 2 malam
2) Ingin bermusafir di Kelantan – tempat kami belajar dulu.. Perak – nak jalan ke zoo taiping& waterpark kt lost of tambun. Kuantan – waterpark kat bukit gambang. Ingin juga ke cherating temapt kami berbulan madu ðŸ™‚
3) Movie time with kids ðŸ™‚ 7June ada madagascar.. Mesti gi tengok.. Dah survey2 juga, banyak cartoon tapi semua coming soon – brave, ice age& satu lagi tak ingat nama.. ( kami pernah bawa 3 baby ni tengok seefood kat TGV sunway piramid, rasanya xseriklah nak bawa sbb adik&abang tidur) ðŸ™‚
4) Balik kampung ðŸ™‚
Tapi  tak tahulah plan ini jadi ke tak.. Nama pun plan kan.. Aku pulak, terkial2 nak perhabiskan ambil lesen memandu.. Time cuti, segala bagailah nak buat.. Kalau tak ambil time cuti sekolah ni, alamat kenalah pergi kelas semula.. Aduhai si lesen kereta..

Isnin, 7 Mei 2012

Sebulan sudaaa..

Blog kesayangan kami hari ni mencecah umo sebulan.. Blog SyadatulAzuraHairulhazan ditulis hanya untuk kenangan2 kepada Nurcinta kami bersama apabila mereka sudah boleh membaca.. Ada rezeki, ingin ada Blog sendiri yang berbayar&berdaftar.
Ada ke sesiapa yang membaca blog ini? Bolehlah bagi respon ðŸ™‚

White colour

Seperti biasa hari ini saya menghantar isteri dan Khadiijah Wafi ke sekolah, bezanya hari ini kami menaiki kereta kerana hujan lebat sejak dari awal pagi lagi. Hujan ketika waktu pagi, ketika semua orang sedang sibuk menuju ke tempat kerja, maka jawapannya adalah trafik jam. Sangat dasyat, perjalanan dari subang bestari ke USJ 21 yang sepatutnya hanya memakan masa setengah jam, akibat hujan saya terpaksa ke sana hampir sejam setengah. Begitulah suasana di Metropolitan, suatu ketika dahulu, kerana tidak tahan berhimpit-himpit di dalam trafik jam, emak saya boleh berkata “boleh sesak nafas hidup di Kuala Lumpur asyik jam jem je jalannya” kami berdua hanya tersenyum. Trafik jam bukan perkara baru di Kuala Lumpur, saya dan isteri pernah terperangkap di dalam kereta di suatu bulatan jalanraya di Selayang dari lebih kurang pukul 3 petang sampailah masuk waktu berbuka puasa, punca jem, saya pun tidak tahu kenapa, berjaya melepasi bulatan tersebut, lalulintas bergerak lancar. Ianya terjadi lebih kurang 10 tahun yang lepas. Sekarang? Buatlah beratus-ratus lebuhraya sekalipun, saya berfikir masalah trafik jam ni tetap akan wujud. Yang untung hanya syarikat konsesi lebuhraya. Cuba bayangkan, saya me”nopup” touch and go rm50, tidak sampai seminggu, bakinya hanya tinggal tidak lebih dari rm10. Malaysia, oh tanahairku…..
Pukul 10.30 pagi, saya melihat wajah di cermin pandang belakang kereta, rambut putih semakin menebal di kepala. Apa tandanya….
Rambut-rambut putih ini mengingatkan saya tentang kematian. Suatu tazkirah yang bagus untuk diri saya. Kematian, suatu yang menakutkan. Bukan mati yang saya takutkan tetapi selepas mati itu yang saya takutkan. Mana satu jalan yang saya akan tuju, jalan kanan atau sebaliknya.
Yang peliknya, saya takut akan kematian tetapi tidak berusaha untuk meningkatkan amalan seolah-olah kematian itu masih jauh dihujung sana. Saya pernah menyebut di post terdahulu, di dalam keluarga kami, saya tidak pasti siapa yang pergi dahulu di antara kami, mungkin saya, isteri dan tidak mustahil anak-anak kami. Begitu juga perihalnya sekiranya saya meletakkan diri saya sebagai seorang anak. Secara logik, generasi atuk saya telah pun meninggal dunia, maka sekarang tibalah generasi emak, ayah dan mama pula menunggu masa, tetapi maut tidak mengenal usia, mungkin sekarang belum tiba generasi saya, tetapi tidak mustahil saya yang akan pergi dahulu sebelum mereka. Tandanya telah ada, rambut putih yang semakin menebal di kepala. Sekiranya saya pergi dahulu, ianya menjadi rekod sejarah kerana dikalangan kawan-kawan sekolah dan universiti saya, belum seorang pun lagi telah kembali ke rahmatullah.
Saya cuba menyedapkan hati, rambut putih hanyalah rambut penyakit.Selalu sangat berfikir, rambut pun lama-lama menjadi putih. Dahulu, ketika bekerja di Syabas, membaca meter air sering terdedah kepada panas mentari, maka rambut pun berada di dalam keadaan tidak sihat dan menjadi putih. Ada betulnya juga telahan kerana saya melihat rambut kawan-kawan sekerja pun ada yang berubah menjadi putih..
Saya berfikir, biarlah rambut saya berterusan putih. Prof. DiRaja Ungku Aziz, rambut beliau semuanya telah berwarna putih namun hayatnya telah pun mencecah 90 tahun lebih. Contoh yang lain, Tun Dr. Mahathir Mohammad. Sekiranya rambut saya keseluruhannya telah putih, harapnya masa tersebut saya telah pun mendapat pengiktirafan DR..hi.hi.hi.?

Ahad, 6 Mei 2012

6 Tahun yang lalu..

6 May 2006 – Majlis pertunangan aku&hairul dijalankan secara ringkas..sangat2 ringkas..hanya mak,ayah,along hairi&kak long as..mama&ayah sahaja yang menyambut..

Kalau diingat kembali, macam tak percaya. Hairul ajak bertunang xsampai seminggu aku dirisik terus bertunang. Parent in law hanya bawa kain pasang beserta tudung dan sebentuk cincin-permintaan mama yang tak mahu ada majlis yang besar2..
Bincang punya bincang, tarikh kahwin tak tercapai juga memandangkan aku&hairul mahu sebulan selepas tu kami disatukan cuma parent in law&mama suruh bincang balik..
Pada malam tu, kami berjalan bersama dengan adik beradik aku ke danga bay.. Perkara yang tak boleh lupa sebab ia moment yang indah walaupun ada terselit sikit rasa pahit.. It’s ok ðŸ™‚ nama pun kehidupan mesti ada liku2nya kan…