Blog telah mencapai 23 post, suatu yang tidak dijangka sebelum ini. Tidak menyangka kami berdua ada bakat menulis juga. Dalam kesibukan, rasa malas untuk menulis memang ada, mujurlah blog ini kami berkongsi, sekurangnya-kurangnya sekiranya saya malas untuk menulis, si isteri akan tetap menulis dan sebaliknya, maka blog ini akan terus kekal mengisi “ruang sudut” alam maya. Sekali lagi saya berfikir itu salah satu daripada kebaikan berkongsi….
Saya berfikir, sekiranya secara tiba-tiba akaun blog kami dibekukan oleh company WordPress, dan segala apa yang kami tulis di blog ini akan di “delete”, maka mampukah kami untuk menulis semula daripada post yang pertama hingga ke post ke-23. Aduhai, mesti terasa sangat berat untuk menulis semula sekiranya ianya terjadi. sekiranya mampu menulis sekalipun, isinya tidak akan sama seperti sebelumnya.
begitu jugalah dengan kehidupan…
Adakalanya, kita merasa sangat tewas apabila diuji dengan kehilangan segala perkara yang telah kita bina sekian lama. Semoga kami sekeluarga sentiasa tabah sekiranyadi uji oleh Allah s.w.t. WaAllahualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan