Isnin, 14 Mei 2012

Tautan Jemari..

LC merah yang aku bonceng setiap hari telah sampai ke sekolah..
Aku menghulurkan tangan untuk bersalaman,
Ye, jari jemari kami bertautan, aku menundukkan muka untuk mencium tangan suamiku.. Apakah benaknya hari ini terasa kelainannya.. Bukan aku tak pernah cium tangan suamiku semenjak kami bernikah 6 tahun yang lalu.. Entah ye, kadang2 aje kita rasa satu perasaan halus menyelinap~ oh ini suamiku yang ku nikahi.. Yang aku taklifkn untuk menjaga amanah, mendidik aku menjadi manusia yang baik walau tidak sempurna.. Yang aku beri kepercayaan untuk menjadi walid kepada nurcinta kami, mujahid2 kecil aku yang cumil ðŸ™‚
Yang boleh menjadi imam keluarga kami,
Teman bermuhasabah, bergosip, bergaduh, bermanja2, bersembangg2
Rupa2, banyak betul yang aku doakan & memberi rasa yakin kepadanya..
Andaikata satu hari, dia tiada disisiku? Aku tak nak membayangkannya cuma sering berfikir~
Paling ku rasakan, aduhai,lembut sungguh tanganmu hairulhazan~ walla weh, tanganku ini kasar.. ðŸ˜¦
Sungguh, ekau itu suami den..& den cintai ekau selamanya ðŸ™‚

Sport Day

Dua hari lepas, saya bersama keluarga telah pergi ke hari sport day Khadiijah Wafi di Stadium MPSJ, Subang Jaya. Malam sebelumnya, kami berhasrat hanya pergi bertiga, meninggalkan Aaminah Wafi dan Afkaar Wafi disebabkan beberapa faktor antaranya faktor cuaca. Kami juga boleh menumpukan perhatian kepada Khadiijah Wafi memandangkan hari sport Day ini merupakan salah satu sejarah dalam kehidupan dia..
Pukul 6.30 pagi, Afkaar Wafi telah pun bangun dari tidur. Tidak lama selepas itu, Aaminah Wafi pun juga telah sedar dari tidur.. Melihat kepada wajah mereka, timbul perasaan tidak sampai hati untuk meninggalkan mereka. Kami membawa mereka dan telah membuat jangkaan yang harus ditangani apabila berkeputusan untuk membawa mereka bersama. Setelah sejam berada di padang, Aaminah Wafi telah mula berasa tidak selesa kepanasan dan seperti dijangka, kami memerlukan kesabaran yang tinggi untuk mengatasi keadaan tersebut.
Khadiijah Wafi telah bertanding dalam satu permainan dan kumpulannya telah mendapat tempat kedua. Sayangnya, kami tidak dapat mengambil gambar yang banyak kerana pertama; ada dua orang lagi anak yang perlu diberi perhatian, kedua;memory handset yang tidak mencukupi untuk mengambil lebih banyak gambar.
Saya berfikir, sayangnya saya tidak mengambil gambar yang banyak di hari sukan Khadiijah Wafi sebagai kenangan di masa hadapan. Peristiwa tersebut, 20 tahun lagi belum tentu Khadiijah Wafi masih mengingatinya. Bahkan, kerana faktor usia, saya pun belum tentu mampu mengingatinya dengan jelas. Gambar-gambar yang diambil inilah yang akan menceritakan semula kisah tersebut.

Lebih dari itu, gambar-gambar ini juga yang akan ditunjukkan oleh Khadiijah Wafi kepada anak-anaknya suatu ketika kelak apabila menceritakan kisah hidupnya ketika kecil. Malah, lebih lebih dan lebih dari itu, gambar ini jugalah yang akan diceritakan oleh Khadiijah Wafi kepada cucu-cucunya kelak. “Inilah gambar nenek sewaktu berusia 6 tahun dahulu”…
Saya juga berfikir, sekiranya ditakdirkan Khadiijah Wafi menjadi salah seorang yang terkemuka di malaysia, mungkin menjadi seorang Profesor, seorang Menteri mahupun seorang Perdana Menteri, pasti terdapat individu-individu yang akan mengkaji biografi kehidupan dia, maka gambar-gambar inilah yang akan menjadi sumber kajian individu tersebut…lihatlah, sangat bernilainya gambar dua hari lepas terhadap hari-hari kemudian.
Jauhnya saya melihat kehadapan, perkara yang belum pasti menjadi. Walaubagaimanapun, persediaannya harus bermula dari sekarang..
Seingat saya, kamera saya yang pertama dibeli pada tahun 2003, di PC Fair, PWTC berharga dalam lingkungan rm350. Megapikselnya sangat rendah, mengambil sekeping gambar, kalau besarkan gambar tersebut di komputer, gambar tersebut akan pecah- pecah. Selepas itu, dalam tahun 2006, saya membelikan isteri kamera Olympus berharga lebih kurang rm1500 dan boleh dikatakan antara kamera tercanggih ketika itu, boleh mengambil gambar di dalam air, tahan jatuh. Selepas itu, saya banyak mengambil gambar menggunakan handset Sony Erikcson dan selepas tamatnya riwayat handset tersebut, kini saya menggunakan kamera Nokia E72 untuk mengambil gambar, walaupun megapikselnya suda ketinggalan zaman, tapi ianya amat mudah di bawa kemana-mana untuk mengambil gambar. Amat seronok sekiranya dapat memiliki sebuah kamera NIKON DSR300. Ada Rezeki lebih, bolehlah membeli sebiji untuk mengambil gambar kenang-kenangan keluarga disamping berhasrat untuk membelikan isteri IPhone 4s, amik gambar boleh terus post ke blog.
Khadiijah Wafi ketika berada di dalam perbarisan

















Bersama rakan-rakan berbangsa Cina

Sabtu, 12 Mei 2012

Apabila anak-anak tidur

1) terasa benar sunyinya hidup
2) ada masa ” me time”
3) banyak keje rumah boleh dibereskan macam lipas kudung
4) bersenang-senang macam dunia ini aku yang punya ðŸ™‚
5) bosan betul

6) tak ada budak nak disakat
7) tak ada jawapan yang nak diberikan
8) asyik dok mencium aje dengan harapan mereka bangun
9) macam mati kutu aje..
10) anje tengok muka sayang, sayang tengok muka anje.. Bersembang2 berkisar pasal macam2 hal.. Topik hangat mesti tentang anak2 ðŸ™‚

Rumusan ~ mujahid kami, nurcinta kami.. Kalianlah racun, kalian jugalah penawar..
Semoga menjadi yang terbaik, muslim yang mukmin.. Rasa hidup bertuhan..
Walid&Ummi sangat sayang kak long, adik & abang selamanya..




School holiday is coming, yeeehaaa!

Lagi 2 minggu cuti sekolah nak datang.. Macam2 plan kami listkan untuk mujahid2 yang cumil ini ðŸ™‚
1) Nak tidur kat hotel – pilihan kami, de palma hotel kuala selangor 3hari 2 malam
2) Ingin bermusafir di Kelantan – tempat kami belajar dulu.. Perak – nak jalan ke zoo taiping& waterpark kt lost of tambun. Kuantan – waterpark kat bukit gambang. Ingin juga ke cherating temapt kami berbulan madu ðŸ™‚
3) Movie time with kids ðŸ™‚ 7June ada madagascar.. Mesti gi tengok.. Dah survey2 juga, banyak cartoon tapi semua coming soon – brave, ice age& satu lagi tak ingat nama.. ( kami pernah bawa 3 baby ni tengok seefood kat TGV sunway piramid, rasanya xseriklah nak bawa sbb adik&abang tidur) ðŸ™‚
4) Balik kampung ðŸ™‚
Tapi  tak tahulah plan ini jadi ke tak.. Nama pun plan kan.. Aku pulak, terkial2 nak perhabiskan ambil lesen memandu.. Time cuti, segala bagailah nak buat.. Kalau tak ambil time cuti sekolah ni, alamat kenalah pergi kelas semula.. Aduhai si lesen kereta..

Isnin, 7 Mei 2012

Sebulan sudaaa..

Blog kesayangan kami hari ni mencecah umo sebulan.. Blog SyadatulAzuraHairulhazan ditulis hanya untuk kenangan2 kepada Nurcinta kami bersama apabila mereka sudah boleh membaca.. Ada rezeki, ingin ada Blog sendiri yang berbayar&berdaftar.
Ada ke sesiapa yang membaca blog ini? Bolehlah bagi respon ðŸ™‚

White colour

Seperti biasa hari ini saya menghantar isteri dan Khadiijah Wafi ke sekolah, bezanya hari ini kami menaiki kereta kerana hujan lebat sejak dari awal pagi lagi. Hujan ketika waktu pagi, ketika semua orang sedang sibuk menuju ke tempat kerja, maka jawapannya adalah trafik jam. Sangat dasyat, perjalanan dari subang bestari ke USJ 21 yang sepatutnya hanya memakan masa setengah jam, akibat hujan saya terpaksa ke sana hampir sejam setengah. Begitulah suasana di Metropolitan, suatu ketika dahulu, kerana tidak tahan berhimpit-himpit di dalam trafik jam, emak saya boleh berkata “boleh sesak nafas hidup di Kuala Lumpur asyik jam jem je jalannya” kami berdua hanya tersenyum. Trafik jam bukan perkara baru di Kuala Lumpur, saya dan isteri pernah terperangkap di dalam kereta di suatu bulatan jalanraya di Selayang dari lebih kurang pukul 3 petang sampailah masuk waktu berbuka puasa, punca jem, saya pun tidak tahu kenapa, berjaya melepasi bulatan tersebut, lalulintas bergerak lancar. Ianya terjadi lebih kurang 10 tahun yang lepas. Sekarang? Buatlah beratus-ratus lebuhraya sekalipun, saya berfikir masalah trafik jam ni tetap akan wujud. Yang untung hanya syarikat konsesi lebuhraya. Cuba bayangkan, saya me”nopup” touch and go rm50, tidak sampai seminggu, bakinya hanya tinggal tidak lebih dari rm10. Malaysia, oh tanahairku…..
Pukul 10.30 pagi, saya melihat wajah di cermin pandang belakang kereta, rambut putih semakin menebal di kepala. Apa tandanya….
Rambut-rambut putih ini mengingatkan saya tentang kematian. Suatu tazkirah yang bagus untuk diri saya. Kematian, suatu yang menakutkan. Bukan mati yang saya takutkan tetapi selepas mati itu yang saya takutkan. Mana satu jalan yang saya akan tuju, jalan kanan atau sebaliknya.
Yang peliknya, saya takut akan kematian tetapi tidak berusaha untuk meningkatkan amalan seolah-olah kematian itu masih jauh dihujung sana. Saya pernah menyebut di post terdahulu, di dalam keluarga kami, saya tidak pasti siapa yang pergi dahulu di antara kami, mungkin saya, isteri dan tidak mustahil anak-anak kami. Begitu juga perihalnya sekiranya saya meletakkan diri saya sebagai seorang anak. Secara logik, generasi atuk saya telah pun meninggal dunia, maka sekarang tibalah generasi emak, ayah dan mama pula menunggu masa, tetapi maut tidak mengenal usia, mungkin sekarang belum tiba generasi saya, tetapi tidak mustahil saya yang akan pergi dahulu sebelum mereka. Tandanya telah ada, rambut putih yang semakin menebal di kepala. Sekiranya saya pergi dahulu, ianya menjadi rekod sejarah kerana dikalangan kawan-kawan sekolah dan universiti saya, belum seorang pun lagi telah kembali ke rahmatullah.
Saya cuba menyedapkan hati, rambut putih hanyalah rambut penyakit.Selalu sangat berfikir, rambut pun lama-lama menjadi putih. Dahulu, ketika bekerja di Syabas, membaca meter air sering terdedah kepada panas mentari, maka rambut pun berada di dalam keadaan tidak sihat dan menjadi putih. Ada betulnya juga telahan kerana saya melihat rambut kawan-kawan sekerja pun ada yang berubah menjadi putih..
Saya berfikir, biarlah rambut saya berterusan putih. Prof. DiRaja Ungku Aziz, rambut beliau semuanya telah berwarna putih namun hayatnya telah pun mencecah 90 tahun lebih. Contoh yang lain, Tun Dr. Mahathir Mohammad. Sekiranya rambut saya keseluruhannya telah putih, harapnya masa tersebut saya telah pun mendapat pengiktirafan DR..hi.hi.hi.?

Ahad, 6 Mei 2012

6 Tahun yang lalu..

6 May 2006 – Majlis pertunangan aku&hairul dijalankan secara ringkas..sangat2 ringkas..hanya mak,ayah,along hairi&kak long as..mama&ayah sahaja yang menyambut..

Kalau diingat kembali, macam tak percaya. Hairul ajak bertunang xsampai seminggu aku dirisik terus bertunang. Parent in law hanya bawa kain pasang beserta tudung dan sebentuk cincin-permintaan mama yang tak mahu ada majlis yang besar2..
Bincang punya bincang, tarikh kahwin tak tercapai juga memandangkan aku&hairul mahu sebulan selepas tu kami disatukan cuma parent in law&mama suruh bincang balik..
Pada malam tu, kami berjalan bersama dengan adik beradik aku ke danga bay.. Perkara yang tak boleh lupa sebab ia moment yang indah walaupun ada terselit sikit rasa pahit.. It’s ok ðŸ™‚ nama pun kehidupan mesti ada liku2nya kan…

Sabtu, 5 Mei 2012

Perhimpunan

Sekitar jam 8.30 pagi kami sekeluarga telah bergerak ke pesta buku antarabangsa di Pwtc. Sampai di Kuala Lumpur, sekitar jam 9.30 pagi, hujan rintik-rintik tidak menghalang  orang ramai mula memasuki bangunan Pwtc walaupun pesta buku hanya bermula pada jam 10 pagi. Pelik melihat ramai sangat manusia…murid-murid sekolah, beribu-ribu mahasiswa, beratus-ratus keluarga, berpuluh-puluh warga emas. Tarikannya semestinya untuk membeli buku. Lambakan buku, alhamdulillah, suatu usaha yang bagus untuk menarik minat masyarakat Malaysia untuk membaca.
Berbicara mengenai buku, buku yang bagaimana harus kita pilih…
Saya mementingkan sumber di dalam sesuatu pendapat dan juga di dalam sesuatu penulisan. Oleh kerana itu, setiap buku yang saya pilih, saya mementingkan penggunaan nota kaki. Tidak kira buku penulisan mengenai Islam, sains sosial dan lain-lain, sekiranya ianya mempunyai nota kaki, buku tersebut menjadi keutamaan saya.
Mengapa sumber itu penting….
Masa kini, semua orang boleh menulis, namun, sekiranya ianya tidak berasas kepada sumber yang betul, saya risau isinya tidak menjadi tepat dan hanya menulis mengambil daripada pandangan penulis dalam buku yang lain. Maksudnya mudah, saya menulis sebuah buku, mengambil isi daripada buku yang lain cuma mengubah sedikit tajuknya, sedikit olahan ayatnya dan tukar muka hadapannya. Ataupun saya mencedok sedikit isi daripada beberapa buah buku, kumpulkan, dan jadikan semua isi yang dicedok menjadi sebuah buku… Itulah penulisan yang tidak ilmiah..namun, ianya sangat berfaedah kepada kelompok masyarakat awam untuk menarik minat mereka berbudaya membaca…untuk golongan yang satu tahap di atas, utamakan buku yang mempunyai nota kaki….
Saya bukan seseorang yang cepat percaya kepada sesuatu kenyataan, tidak kira siapa pun yang menyampaikan kenyataan tersebut, yang paling penting dari mana dia mendapat sumber tersebut….
Ada sesetengah sumber hanya bersifat propanganda, menyebelahi suatu pihak dan menyalahkan suatu pihak yang lain…. Bagaimana untuk menilai suatu sumber itu bukan bersifat propanganda, bandingkan sumber tersebut dengan sumber yang lain…. Nampaknya, tulisan ini menjadi semakin rumit….hi.hi.hi…tidak mengapa, saya tinggalkan setakat itu sahaja.
Anak-anak kami sangat teruja melihat buku yang berlambak di pesta buku..mungkin telah di ajar sejak kecil ( walaupun hakikatnya sememangnya mereka masih lagi kecil) , apabila ke MPH, mereka mengambil buku lalu membaca sambil duduk di atas lantai. Saya lihat, budaya tersebut mereka lakukannya juga di pesta buku. Mujur kami pergi waktu pagi, manusianya tidaklah seramai waktu tengahari (jangkaan saya), maka masih ada ruang untuk anak-anak kami membaca di lantai, saya tidak melarang..
Sayangnya, MPH MidValley tidak lagi menyediakan ruang untuk orang ramai membaca buku sambil duduk di lantai di premis mereka walaupun tidak membeli. Buku-buku juga disampul, beli dulu baru boleh membaca.Mungkin banyak buku telah rosak dibaca oleh orang ramai dan mereka mengalami kerugian kerana pelanggan yang membeli pasti akan  memilih buku yang baru bukannya buku yang telah dibaca oleh orang lain…tidak mengapalah, itu semua spekulasi saya. Harapnya, kalau saya telah kaya nanti, mampu menyediakan sebuah kedai buku seperti MPH yang dahulu…amin.
Seperti biasa, sekiranya ke pesta buku, saya mesti akan mencari buku sejarah… Sejarah means lama/kuno…jadi saya mencari buku-buku sejarah yang lama. Malangnya sangat mahal.. Buku setebal lebih kurang 300 muka surat, bersaiz lebih kecil dari A4, berharga rm36.
Seperti biasa, saya lebih menyayangi duit….
Isteri saya mengatakan buku sejarah vintaj..saya bersetuju…berdoa di dalam hati, harap-harap saya boleh berjumpa buku tersebut di perpustakaan apabila saya mengkehendakinya kelak…
Sampai dirumah sekitar jam 3 petang selepas bersantai2 di IKEA, anak2 semuanya kepenatan, tidur, malam nanti selepas isya’ kami sekeluarga berplanning pula hendak ke dataran Shah Alam…begitulah aktiviti di hari cuti…minggu lepas hari sabtu tidak kemana2 kerana saya ke perhimpunan BERSIH….
7 hari yang lepas sekitar jam 10 pagi, saya bertolak dari rumah ke Kuala Lumpur… Anak yang sulong bertanya saya mahu ke mana, saya menjawab ke perhimpunan BERSIH. Dalam keadaan terpingga2, dia mahu ikut, saya jawabkan tidak…bertolak, melihat anak-anak berada di tepi pintu melihat saya pergi, terasa sayu di hati….Tidak mengapa, saya pergi untuk masa depan mereka…saya berfikir, begitu jugalah keadaan bagi anak-anak umat Islam di Palestin, melihat ayah mereka keluar rumah, pasti si ayah merasa sayu untuk meninggalkan mereka. Pergi mungkin takkan kembali lagi..namun, dikuatkan juga semangat bagi masa depan anak-anak mereka dan juga demi agama Islam. Andainya Malaysia mengalami nasib serupa, adakah saya akan setabah mereka meninggalkan anak-anak untuk pergi berjuang….
Dalam perjalanan ke perhimpunan BERSIH, saya telah menyangka pastinya akan berlakunya kekasaran daripada pihak polis, provokasi, semburan pemedih mata, akan berlari menyelamatkan diri daripada kekasaran pihak polis dan apa yang saya sangka semuanya telah berlaku di depan mata…
Gas pemedih mata…..
Tiada perkataan yang boleh saya gambarkan apabila terkena gas pemedih mata. Apabila terkena gas tersebut, melarikan diri dalam keadaan mata sangat pedih, kelam kabut, berasak-asak dengan orang ramai… Hanya satu terlintas di fikiran….iaitu… KERAJAAN SANGAT KEJAM…..
Untuk memberi komen tentang perhimpunan BERSIH, saya anggap ianya telah berjaya kerana telah menarik minat untuk saya menyertainya lagi sekiranya diadakan sekali lagi…sesuatu program hakikatnya sekiranya berjaya menarik minat peserta untuk hadir sekali lagi ke program tersebut masa akan datang, ianya telah berjaya…dan..InsyaAllah, untuk perhimpunan yang akan datang, saya akan membawa isteri untuk menyertainya….
Kita tunggu dan lihatlah dalam masa terdekat ini, apa tindakan kerajaan kesan daripada perhimpunan BERSIH. Selepas BERSIH 2.0, kerajaan telah menubuhkan PAC, jawatankuasa pembaikan pilihanraya, setelah bermesyuarat, bermesyuarat dan bermesyuarat, hasilnya tiada apa-apa pun hasil daripada jawatankuasa tersebut….Malaysia oh tanahairku….pi mai pi mai cam tu jugak….

Jumaat, 4 Mei 2012

Botol air

Mimi belikan botol air tupperware kaler biru..mekasih mimi ðŸ™‚
Tiap hari sebelum pergi sekolah,hairul akan isikan air dalam botol..selalunya aku tak perasan tapi hari ni aku terbangun lambat sekitar jam 6 pagi..tak sempat nak bekalkan abang susu umi fresh,cian anak umi sayang ðŸ˜¦
Sampai di sekolah terlewat 5minit,haiyaa…rasa berdosalah sangat sebab makan masa persekolahan.. memandangkan hari ni jumaat, rancangan mengajar kena hantar, aku pulak tak siap lagi..aisey,malasnye nak menyiapkan tapi aku pulun bagai ðŸ™‚ awal pagi aje free, itupun kalau tak ada relief guru yang tak hadir.. Lepas tu 6 masa straight sampai balik.. Dok kalut balun rancangan mengajar, tertengok botol air.. Ish,dari bangun tidur, setitis air pun aku tak minum lagi..

Sambil2 buka penutup nak minum, aku teringat yang anje buh air dalam botol tiap pagi.. Tak pernah pun cakap terima kasih, hari ni hatiku terdetik “anje,terima kasih buh air dalam botol, sayang tengah haus sangat ni sekarang.. Terima kasih anje”
Lalu, aku capai handset terus text anje ” Terima kasih tuangkan air.. terima kasih jadi husband yang paling baik sememangnya hairulhazan suami terbaik ..jadi walid yang paling baik ini aku tak nafikan even kteorang gaduh besar sekalipun . Kalau kita gaduh pun, fakta tu tak boleh disangkal. Baiknye lebih banyak dari buruknye “.Nama pun manusia kan..
Tit..tit.. Eh, anje replylah ” Anje minta maaf sakitkan hati sayang je memang pun selalu  ðŸ™‚ hihihi.. Annivesary kita lagi sebulan, jangan lupa temujanji kita kat restoran menara Kuala Lumpur ” Text itu membuatkan hatiku berbunga riang& senyuman terukir sentiasa hingga menimbulkan kepelikan kepada anak2 muridku.. Hihihi ðŸ™‚Cikgu tengah layan cinta!
Jom, menghitung hari ke 6 June 2012- Annivesary yang ke6 ðŸ™‚

Khamis, 3 Mei 2012

23 post

Blog telah mencapai 23 post, suatu yang tidak dijangka sebelum ini. Tidak menyangka kami berdua ada bakat menulis juga. Dalam kesibukan, rasa malas untuk menulis memang ada, mujurlah blog ini kami berkongsi, sekurangnya-kurangnya sekiranya saya malas untuk menulis, si isteri akan tetap menulis dan sebaliknya, maka blog ini akan terus kekal mengisi “ruang sudut” alam maya. Sekali lagi saya berfikir itu salah satu daripada kebaikan berkongsi….
Saya berfikir, sekiranya secara tiba-tiba akaun blog kami dibekukan oleh company WordPress, dan segala apa yang kami tulis di blog ini akan di “delete”, maka mampukah kami untuk menulis semula daripada post yang pertama hingga ke post ke-23. Aduhai, mesti terasa sangat berat untuk menulis semula sekiranya ianya terjadi. sekiranya mampu menulis sekalipun, isinya tidak akan sama seperti sebelumnya.
begitu jugalah dengan kehidupan…
Adakalanya, kita merasa sangat tewas apabila diuji dengan kehilangan segala perkara yang telah kita bina sekian lama. Semoga kami sekeluarga sentiasa tabah sekiranyadi uji oleh Allah s.w.t. WaAllahualam.

Terkesan…

Setelah beberapa hari perhimpunan aman BERSIH berlalu (28.04.2012),banyak melihat youtube,ni gambaran yang paling terkesan dihatiku.. Sebagai seorang ummi,ummi mendoakan agar anak2 ummi tidak menjadi orang yang zalim&tiada rasa perikemanusiaan..ummi tidak redha sayang..tidak sanggup membayangkan..

Allahu Ya Rahman Ya Rahim,jauhkan anak2 ku yang kucintai,yang ku kandungi 9bulan menempuh dengan sabar,yang ku titiskan air susuku ini, yang ku berjaga tanpa jemu, yang ku perah keringat jerihku untuk membesarkan mereka…jauhkanlah mereka daripada memiliki sifat zalim,tidak ada rasa perikemanusiaan&hindarkan mereka dari tergolong dalam orang2 yang sesat,buta,tuli,pekak dan bisu..
Allahumma Amin,perkenankan doa seorang ummi ini…

Selasa, 1 Mei 2012

Dari kamar beradu,aku dapat melihat awan putih sedang berarak,sambil menyusukan abang yang mulutnya asyik ‘membebel’ entah apelah yang sedang dicakapkan oleh abang..hai abang,umi sayang abang,tidurlah baby..bestnya klo selamanya jadi baby…
Hari ni cuti hari pekerja,duduk santai2 di rumah membuatkan rasa nak tidur aje ,mengulit si abang yang tak reti diam,terkitai-kitai-membahagiakan ðŸ™‚
Ahhhh,esok dah kije..malasnya nak kije bukan sebab kije tak best tapi lagi best dok rumah bergasak&mengulit anak2.. Tak apalah,ada rezeki walid lebih,umi boleh jadi surirumah..entah bilalah impian boleh jadi nyata…sebelum tu,kenalah rajin pergi berkije ,semangat kena kuat ðŸ™‚

Mulai esok,aku akan menghitung hari untuk menanti cuti penggal persekolahan, tak sabarnyeeee!