Ahad, 29 April 2012

Hari ini..

Macam-macam plan bila hari ahad datang lagi..semestinya aktiviti yang melibatkan anak-anak,buat mereka dihargai..buat mereka’lepak’ setelah seharian penat berguling&bermain bersama-sama..
Plan yang asal,seusai solat subuh,ingat nak angkut mujahid2 kecil ini ke pasar tani seperti biasa tapi keletihan semalam masih terasa lagi,jadi plan itu dibatalkan..berehat-rehat saja di rumah,best jugak.
Tapi,sekitar jam 9 pagi,anje dah ajak keluar,bawa anak2 jalan..lantas aku pun…
Sayang: kita nak ke mana?
Anje: mana2 pun boleh..
Sayang: nak gi mana ni? Malaslah..
Anje:jomlah,bawa anak2 jalan pusing shah alam
Sayang:pagi2 dah bawa anak pusing2 shah alam ðŸ™‚
Anje: dahtu xtahu nak gi mana yang dekat2,boleh cari sarapan..
Sayang: kita gi giantlah..lupa pulak drypers abang murah hari ni,beli dua free satu..
Aiyooo,nak decide tempat yang x diplan memang makan masa ditambah dengan kelupaan aku nak beli barang2 rumah..kami ke giant,beli barang2…sarapan pagi&anak2 bermain disitu..agak2 abang dah mula xselesa,kami pun pulang..
Malamnya,kami beli barang2 yang dirasakan murah di speedmart bukit jelutong..bawa anak2 pusing shah alam& melepak di dataran..sayangnye xada bola,jadi akulah jadi tukang kejar kak long & adik :)—–> kurus umi sayang ðŸ˜‰
Aku promise nak belikan bola,bila ada masa terluang&keadaan cuaca yang baik..bolehlah kami melepak& ngebang kat dataran shah alam..boleh main bola,berbasikal,kejar2&makan2..
Harap mujahid kecil ini bahagia bersama walid&ummi di dunia&akhirat..sayang kamu! ðŸ™‚

Jumaat, 27 April 2012

Pra BERSIH

Suamiku,

Pada malam ini kita merempit bersama2 ke dataran untuk menyokong&menentang rejim yang zalim..bukan untuk kita tetapi untuk nurcinta kita..
Khadiijah Khairana Wafi
Aaminah Adriyana Wafi
Ahmad Afkaar Wafi
Kerana mereka,ingin kami menegakkan daulah islamiyyah..ingin kami melihat mereka membesar dalam suasana keislaman yang semakin terhakis dek kepimpinan rakus mengejar keduniaan..
Selamat menghadirkan diri ke BERSIH.. Sesungguhnya engkaulah mujahid& perwira kami.. IMAM kami dunia akhirat..jangan gentar,kerana doa kami mengiringi perjalananmu Mohd Hairulhazan bin Rosli ðŸ™‚
sekitar jam 2 pagi di Dataran Merdeka 28 April 2012

kenangan kami berdua untuk tatapan anak-anak.


 pagar yang memisahkan kehendak rakyat dan keangkuhan pemerintah.
 masanya telah tiba untuk berubah.
 sempat lagi bershoping sebelum pulang ke rumah.

Selasa, 24 April 2012

harta

Saya berfikir, kami sering mengungkapkan untuk memiliki rumah yang besar, kereta yang mewah, wang ringgit yang banyak, tetapi hakikatnya kami telah memiliki harta yang cukup tinggi nilainya iaitu anak-anak. Ada sesetengah pasangan telah berkahwin begitu lama mencecah bertahun-tahun lamanya, tapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Alhamdulillah, belum genap setahun kami berkahwin, telah dikurniakan seorang cahaya mata. Dan ketika usia dipenghujung 20-an, kami telah dikurniakan anak ketiga.

Namun, adakalanya, saya sering hilang sabar melihat kerenah anak-anak yang masing-masing mempunyai ragam tersendiri. Saya sering beranggapan yang mereka telah pun besar dan sering membayangkan bahawa mereka boleh berfikir seperti apa yang kita fikirkan. Boleh membezakan yang mana sepatutnya mereka lakukan dan yang tidak patut dilakukan. Apabila mereka mereka melakukan apa yang tidak patut dilakukan walaupun sudah berulang kali saya menyatakan tidak, saya menjadi kurang sabar….
Hakikatnya, mereka sedang membesar, bukan telah membesar. itu satu pernyataan yang perlu diperbetulkan. Tidak kira berapa kali kita mengajar mereka apa yang patut dilakukan dan apa yang tidak patut dilakukan, mereka masih lagi dalam proses pembelajaran…
Apabila saya hilang sabar dan sering memarahi anak-anak, ketika ini, saya berfikir…bagaimanakah pula keadaanya apabila saya telah tua nanti. Akal dan perbuatan saya semestinya akan turun seperti zaman kanak-kanak. Adakah anak-anak boleh bersabar melayan kerenah saya pada ketika itu.
Di dalam kehidupan ini, kita pasti akan menerima ujian dari Allah s.w.t. Seseorang diuji dengan kematian anak yang masih kecil, ujian penyakit daripada Allah s.w.t, ujian kemiskinan daripada Allah s.w.t dan bermacam-macam ujian lagi. Adakalanya, mereka sedar yang mereka sedang diuji oleh Allah s.w.t. Dan kalanya mereka tidak sedar mereka sedang diuji. Saya berasa takut untuk memikirkan soal ujian daripada Allah s.w.t, berfikir bilakah saya akan diuji dan adakah ujian tersebut mampu saya hadapi atau adakah saya telah diuji sebelum ini dan telah berjaya melepasinya atau adakah saya sedang diuji sekarang ini…. Saya pun belum pasti, semoga Allah s.w.t memberi petunjuk yang baik kepada sekeluarga…. amin.. WaAllahualam…



Isnin, 23 April 2012

Abang yang semakin menggeramkan ;)

Abang dah berusia 4 bulan.. Aku suka cium dia macam ayam patuk jagung.. Sedapnyeee&terasa nikmat gituuu..  ðŸ™‚ Hairul pun macamtu, sampai bb abang menangis menjerit2.. Hairul kata kalau abang nangis lagi dia geram.. Yelah,suara abang cumil sangat dan manja.. 

Sekarang dah pandai gigit2, mungkin gusi gatal agaknye..janganlah tumbuh gigi awal sgt macam adik aaminah..sakit kena gigit ngan dia.. Adik aaminah kalau nak cium kedekut nak bagi.. Apalagi,cium paksa sampai melalak macam kena dera.. Aish,dah beso payah nak bagi cium.. Jadi,yang keciklah kena take over… Serangan ciuman ummi&walid sebab kami sangat ketagih nak cium anak..kadang2 macam tak boleh nak stop..
Time bf cium, terjaga tengah malam cium, nk mula bagi bf cium,time nangis cium!time tido cium,asyik terasa nak mencium aje..cam ketagihan gitu..semua tempat dicium2..ye,alhamdulillah Maha Suci Allah yang memberi nikmat rasa indah apabila mencium anak..
Semalam malam pergi ronda2 shah alam sampai anak tidur dalam kereta..anak2 sangat suka ekon cuma ummi&walid tak mahu pasang ekon kat rumah, takut derang tak biasa bila tak ada ekon di kampung halaman..
Hari ni nak jalan mana eh? Ronda2 shah alam lagilah macam biasa sampai anak2 tidur ðŸ™‚

Hairul oh Hairul..

Semalam tertidur awal kerana geram pada anje..sangat simple je tapi boleh pulak ‘jadi’ angin pada aku..aku kot yang terlebih emo atau sememangnya hairul kurang prihatin? Memang menjadi kebiasaan,kalau aku panggil, dia selalu tak dengar.. Kenapa eh?
Tapi hari ni,apabila aku bangkit dari tidur sekitar jam 1.45 pagi.. Sayu je tengok hairul tidur+geram,hihihi ðŸ˜‰ Hairul tidur di luar bersama kak long&adik..adik bukan boleh kalau walid dia tak tidur bersama,maunye dia mencari walid dan menangis sampai walid terjaga..Even aku tidur sebelah dia pun,walidnya juga yang dicari! Maunye adik bau aroma walid baru dia tidur lena..Haiya ini budak mengalahkan umminye..
Sememangnya aku yang bersalah, saja cari pasal sebab dah lama tak bergaduh.. Ingat hairul nak pujuk tapi hampeh,huhuhu~ tak sedih pun sebab memang dah tahu dia bukan jenis pemujuk rayu.. Tak kecik hati pun sebab dah tahu dia memang spesis macam tu.. Kawin dah nak masuk 6tahun,jadi memang dah faham.. Dah faham pun,masih jugak aku berangin,hahaha:)

Satu hal aku suka kalau bergaduh, aku aje yang selalu menang&selalu betul..kwang kwang kwang..hairul malas nak melayan jadi dia akan kata” yelah,sayang aje yang betul” tak pun ” tak apelah,sayang ambillah menang” semua benda tu buat aku tergelak besar..ape daa hairul ni.. Jenis suami malas nak gaduh panjang2… Mengalah aje kejenye..terima kasih anje, sebab bagi sayang selalu betul&menang sokmo..hihihi:) (pasrah ajelah)
Kalau anje baca entry ni, sayang minta maaf eh..sayang yang salah..sorry deh.. Walau apepun,anje memang yang paling sayang SAYANG.. Teman bergaduh,bertumbuk,bergosip&bermuhasabah ðŸ™‚
SAYANG anje selamanya ðŸ™‚

Sabtu, 21 April 2012

HappyFriendshipDay..

Pagi-pagi lagi time hantar aku pergi sekolah,anje dah wish” happy friendship day sayang…” so sweet..selalunya aku yang wish dulu, hari ni anje yang wish dulu jadi aku senyum sepanjang hari.. ðŸ™‚
Walaupun hari ni hari sabtu, aku pergi kije memandangkan sekolah ganti..ada karnival seni yang sangat meriah, pelbagai pertandingan diadakan..salah satunya pertandingan gubahan tuala..aku menjadi ketua ajk tersebut..huhu~ jadi ketua ni,bukanlah best mana pun..alhamdulillah, teamwork aku memberi kerjasama yang baik.. Pertolongan daripada rakan sekerja yang mahir tentang gubahan-kak ina&kak jun sangat membantu dalam pemberian nombor peserta yang bertanding.. Terima kasih semua ðŸ™‚
Paling happening,aku balik tak pakai helmet! Anje lupa bawa helmet aku…jadi aku belasah aje& berdoa agar tak ada polis yang nak menyaman..huhuhu~ pulak tu hujan on the way balik rumah..jadi macam cerita hindustan pulak..hihihi ðŸ˜‰ sian kat kak long yang berhujan.. Teringat waktu khadiijah wafi masih kecik,kami ke hulu ke hilir menaiki motorsikal..meredah hujan&panas..anak kami tidak sesenang orang lain tapi tidaklah seteruk orang yang kurang bernasib baik. Alhamdulillah ðŸ™‚
Malam ni nak ngebang ngan ngeteh kat mana ek? Bawa nur cinta kami berjalan2 makan angin sementelah esok hari cuti..bolehlah tidur lewat sikit.. ðŸ˜‰
Anje, Happy Friendship Day.. Sayang kamu bangat! Muaahhh… ðŸ˜‰

Jumaat, 20 April 2012

Masa

Setiap hari kami sekeluarga bangkit tido seawal pkul 6 pagi dan tido sekitar jam 9-10 malam. Namun, yang paling dasyat adalah ummi yang setiap hari bangun tido sekitar jam dua pagi mengepam susu badan untuk bekalan abang Afkaar dikala ummi pergi kerja setiap pagi….kredit to my lovely wife….pahalanya hanya Allah s.w.t yang boleh nilai, ketabahan menjadi seorang isteri, ummi dan tenaga pengajar kepada anak didik bangsa….
Sering kali apabila bangun tido pada pukul 6 pagi, saya selalu menyatakan kami bangun awal setiap hari. Dan apabila kami tido pukul 9 malam, saya juga sering menyatakan kami tidur awal setiap hari….
Hakikatnya, saya berfikir, ianya bukan begitu…..
Bangun pukul 6 pagi bukanlah boleh dikategorikan sebagai bangun awal. Sekiranya 6 pagi diistilahkan sebagai awal, masa bila pula dikategorikan sebagai bangun pada kadar masa yang sepatutnya, dan kadar masa bila dikategorikan sebagai lambat….Hakikatnya apabila berkumandang azan subuh, itulah kadar masa bangun yang sepatutnya dan ketika habisnya waktu subuh, itulah yang dikategorikan sebagai bangun lambat..
Selepas ini, saya mesti cuba membiasakan istilah awal itu merujuk kepada sekitar 1/3 malam yang terakhir bukan merujuk kepada pkul 6 pagi. Sekiranya tidak begitu, setiap hari saya pasti merasakan saya telah bangun awal dan tidak berjuang untuk bangun lebih awal dari waktu saya bangun sekarang…
Seingat saya, ketika saya mula2 bekerja di S…..S dulu, waktu mula bekerjanya adalah pada pukul 8 pagi. Kemudiannya ia ditukar kepada pukul 8.30 pagi kerana merasakan pukul 8 pagi adalah sangat awal menyebakan ramai pekerja tidak dapat hadir ke pejabat seawal itu. Kemudiannya beberapa tahun selepas itu, ianya ditukar kepada pukul 9 pagi dengan alasan yang sama. Saya lihat, masih ramai juga yang datang lewat ke pejabat setiap hari….mungkinkah selepas ini waktunya berubah kepada pukl 9.30 pagi….tunggu dan lihat jelah dan ianya tidak mustahil…

Saya berfikir, sekiranya seorang pekerja itu bangun pagi, melihat jam handset…ohhh…baru pkul 7.50 pagi…awal lagi ni punch pkl 9 pagi, sambung tidur. Pukul 7.50 dianggap sebagai masih awal, inikan pula pukul 6 pagi…lagilah awal….begitulah barat mengajar kita tentang masa…
Saya juga telah melalui perkara sama minggu lepas. Apabila celik mata melihat jam dinding telah pukul 6.30 pagi….aisey, lambat bangun pula hari ni, biasanya bangun pukul 6. Bergegas pergi mandi dan bersedia untuk solat. Biasanya apabila terjaga pukul 6 pagi, saya akan baring dahulu 5 minit, baru pergi mandi. Hari tersebut oleh kerana telah lambat bangun, terus boleh bangun pergi mandi. Apabila melihat jam kali kedua, rupanya saya telah tersilap, rupanya baru pukul 5.30 pagi. Bangun pukul 5.30 tanpa rasa mengantuk langsung kerana menyangka telah lambat bangun pukul 6.30, kalau tidak tersilap, pasti saya berjuang berhabis-habisan melawan mengantuk untuk bangun pada waktu tersebut….masa, masa dan masa, semuanya mainan minda diri sendiri….
Harapnya, satu hari nanti, wife akan menukar waktu di jam dinding mengubah pukul 3 pagi kepada pukul 6 pagi tanpa pengetahuan saya…bolehlh saya menyiapkan disertasi..hehhehe… Syaratnya adalah mesti tanpa pengetahuan saya…….
Walaubagaimanapun, saya sangat respect kepada wife yang boleh bangun setiap hari pukul 2.30 pagi walaupun esoknya dia bekerja…. Sangat respect….
“Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian, kecuali mereka yang berpesan2 kepada kebenaran dan kesabaran” waAllahualam….

Khamis, 19 April 2012

Happy Birthday Adik.


Pukul 10 malam baru sampai rumah berjalan2 di Mid Valley. Anak-anak semua dah tidur kepenatan. Birthday adik Aaminah, no cake, no present tapi bwk anak-anak jalan kat Mid Valley. Kadang-kadang, rasa adik Aaminah cm cepat je dah dua tahun, si budak kecikyang asal naik kereta mesti nak duduk kt riba walid.. Si budak kecik yang susah nak bersalinkan dia sebab tali pusat melilit kt kepala. Si budak kecik yang sanggup menahan haus kat rumah pengasuh sampai ummi blik dari sekolah sebab xpandai minum susu dalam botol susu. Dan si budak kecil itu sekarang dah berusia dua tahun…. 















Rabu, 18 April 2012

Kije oh kije…

Hari ni sangat sibuk di sekolah macam xcukup tanah nak pijak..huhuhu ðŸ˜‰

Tugasan yang diberi sempena hari karnival telah dibuat sesempurna yang mungkin dalam jangka masa yang kurang memuaskan hati..tapi x apelah,janji dh buat yg terbaik bersama team yang ok..
Esok birthday adik yang kedua tahun..cepatnyeee adik umi masuk 2 tahun..sayang sangat pada adik aaminah wafi cumil:)
Abang pula genap 4 bulan pada jam 11.57 malam..hihihi..abang oh abang..sayang abang sgt2..
Kak long umi yang semakin bijak berfikir walaupun kadang2 pelat ( kapa-kenapa, kapi-tapi,balau-kalau ) aish,dah betulkan banyak kali pun macam tu jugak..hihihi ðŸ™‚ .sangat memberi kerjasama,memahami&mmg rajin sgt menolong..dia mmg seorang kakak yang superb maplessss! Kak long juga dh boleh membaca iqra’ sampai jim( ja ).. Kredit to walid yang mengajar anak2 mengaji.. Adik pulak,masih ( a )&( ba )… Umi? Umi sibuk ngn imam muda kecil great from Makkah ( Allahumma Amin ), yang perlukan lebih perhatian..
Itu ajelah untuk catatan hari ini..ketemu lagi ya dong esok klo aku rajin nak menulis.. ðŸ™‚

Ahad, 15 April 2012

Perasaan

Hari semakin menghampiri penutupnya, setelah masuk waktu maghrib, bermula tarikh baru di dalam kalender Islam. Oleh kerana kita sentiasa disuap dengan sistem barat, kita sering beranggapan bermulanya hari baru adalah setelah pukul 12.00 malam, sehingga saya sendiri pun tidak pasti esok berapa haribulan di dalam kalender Islam..begitu berjayanya barat menjajah pemikiran orang Islam dengan sistem2 mereka…
Suatu ketika, sedang saya menunggang motorsikal di Federal Highway, berjumpa saya dengan sepasang suami isteri menunggang motorsikal bersama dengan seorang anak berusia lebih kurang 2 tahun sarat bersama dengan barang2 di dalam plastik bag. Jangkaan saya, mereka baru pulang membeli belah….
Entah mengapa, sayu saya melihat mereka sebegitu. Kesukaran yang dihadapi terpaksa berhimpit2 tiga beranak dengan segala barang2 yang telah dibeli. Saya berfikir, begitu keadaan kami ketika baru memulakan kehidupan berumahtangga bersama anak sulong lebih kurang 3 tahun yang lepas. Tidak memiliki kereta, kemana-mana sahaja hanya dengan bermotosikal, kadang2 meredah hujan untuk kesana-sini.

Sekarang tidak lagi begitu, kehidupan semakin senang, Alhamdulillah. Namun, bila melihat ada orang lain yang susah seperti kami dahulu, saya berdoa semoga mereka mesti tabah dan cuba mencari kehidupan yang lebih baik.
Saya apabila disajikan dengan penderitaan masyarakat di dalam rancangan Bersamamu tv3, melihat kehidupan sebuah keluarga berkongsi rumah dengan binatang peliharaan, entah mengapa sayunya dan rasa sedihnya tidak sesayu melihat pasangan yang menunggang motorsikal tersebut. Saya berfikir, mungkin kerana saya pernah merasai kesusahan yang sedang mereka lalui, ianya lebih memberi kesan kepada sanubari jiwa…waAllahualam..

Sabtu, 14 April 2012

Futhur…

Usai solat subuh,hairul kejut anak2 bangun termasuklah si baby abang..anak2 bangun,kami ajak mengemas rumah bersama2..dahtu derang tgk katun jap..bila walid buka buku nak pulun disertasi,anak2 pn busy ambil buku utk mmbaca,menulis&menconteng..haritu gi midvalley,ada belikan kak long&adik cop princess..saja suka2..hihihi Hairul mengajak sarapan di mcD..aku mcm malas nak gi tapi pergi jelah sbb dah lama kak long request untuk makan pancake..jadi,hairul siapkan anak2(mandikan,pakai baju kesemua nur cinta kami),aku pula hanya siapkan targus untuk keperluan anak2 seperti biasa.. Dlm perjalanan,kak long request utk k ikea..jadi kami suruh dia fikir& timbang2 sama ada nak ke ikea@menikmati pancake yg dah lama diingininya…Agak lama jugak nak bagi keputusan ( dia pn xtahu mane yg lebih dia nak kot,klo blh 2-2 dia mahu…hahaha) akhirnye kak long decide ke ikea..dlm kepala ummi,nk mkn meatball lah nnt ðŸ™‚ sedapnye meatball ikea.. Eh2,rupanya sebelah ikea ada mcD,jadi walid yg baik telah take away pancake utk mkn kt ikea..Sesampai di ikea,terus nk order meatball tapi hampa bila diberitahu kul 11.30 baru dijual…aduhai.. Jadi aku pun beli meehun goreng rm99 sen sepinggan..murah benar sarapan dalam pasaraya! Aku pun beli 2 pinggan,kapucino,ciken wing&dadih caramel 8bekas..sedap betul dadih dia,sgt menyukainyeeeee..setel semua time futhur,kami jln2 dlm ikea…takat tmpt mainan anak2 aje,maklumlah berjalan ngn mujahid2 kecil,xdenye nk cuci mata :)..enjoy our moment with kids <3<3
Dh puas derang main dan angkut ape yg berkenan dihati,apa lagi bayar di kaunter bayaranlah..hihihi..khadiijah wafi&aaminah wafi masing2 ada troli kecik ngn barang2 yg derang nk beli..sgt cumil ðŸ™‚
Ingat pastu kami nak balik, walid ajak makan aiskrim ngn depan kaunter ikea rm1..belilah 2..walid dalam tak nak beli ape2,katanye saja tengok2 tiba2 tengok2 di gi beli roti hotdog ngn softdrink ðŸ™‚ walid2,cakap xserupa bikin..tapi thanks eh sbb nyum2 mmg sedap..
Otw balik,kami singgah beli baju abang baby kt laman seri..sekali lagi kami bedal one slice kek red velvet kt coffee planet ðŸ™‚
Disebabkan belum makan nasi,kami singgah tapau nasi ayam kt restoran mak jah bukit jelutong untuk lunch (lunch k? Jam dh kul4 time tu,hihihi),beli susu formula dan sabun basuh kt speedmart..
Itulah aktiviti kami apabila hujung minggu menjelma walhal hari jumaat,walid dah siap pesan,wekend kali ni dok umah aje…hihihi ðŸ™‚ tapi sebenarnya kami memang tak boleh lekat kat rumah even penat macam mana pun..
Alhamdulillah,anak2 nurcinta kami sangat seronok bila berjalan2..indahnya tengok senyuman mujahid2 kecil ini.. Maha Suci Mu yang telah menghadirkan mereka dalam hidup kami yang singkat ini..
Walid Ummi sayang kalian sungguh! <3<3<3

Jumaat, 13 April 2012

Tiada Masa

KIta sering memberi alasan tiada masa apabila ditanya mengapa masih belum melaksanakan suatu tugas atau perkara yang sepatutnya dilakukan. Saya pun begitu, sering memberi alasan tiada masa untuk melakukan itu atau ini saban hari. Saya merasakan kehidupan saya sangat sibuk setiap hari sehingga tiada masa untuk menyiapkan disertasi yang menghampiri dua tahun terbengkalai. Meja diruang tamu sangat berselerak dengan buku dan kertas yang saya rasa tiada masa untuk mengemas. Kereta dan motorsikal kotor, tiada masa untuk dibasuh.

Itu semua alasan….

Allah S.W.T menyediakan masa 24 jam sehari untuk urusan kehidupan. Masa itu sentiasa ada, cuma kita yang tidak menguruskannya dengan baik…

Saya berfikir, walaupun saya sangat sibuk setiap hari, memang saya tidak mampu untuk menyiapkan sebuku disertasi tetapi takkan tak mampu untuk menulis satu muka surat setiap hari. Kalau rasa xmmpu satu muka surat kerana sangat sangat dan sangat sibuk, mesti boleh menulis satu perenggan tidakpun satu ayat setiap hari. Tiada masa, tiada idea, tiada bahan itu semua alasan.

Meja berselerak dengan buku dan kertas-kertas. Saya berfikir, itu contoh yang sangat tidak baik untuk anak-anak. Tiada masa untuk mengemas hanyalah suatu alasan. kalau tidak mampu untuk menyusun dengan kemas sekalipun, biarlah susun sedikit supaya tidak nampak berselerak sangat yang hanya mengambil masa lima minit daripada 1440 minit yang diberi Allah S.W.T kepada kita setiap hari….insafnya melihat saya selalu memarahi anak-anak kerana tidak mahu mengemas permainan mereka setelah bermain walhal mereka mempelajari tabiat tersebut daripada ayahnya sendiri.

Alasan…alasan….alasan….Adakah beralasan sememangnya tabiat semulajadi manusia yang tidak cemerlang. Hari ini saya menginsafi untuk tidak bertabiat sedemikian, esok dan hari-hari berikutnya, kadang-kadang saya akan terlupa apa yang saya fikirkan pada hari ini…

” Dan (ingatlah), ketika Musa berkata kepada kaumnya:”sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyembelih seekor sapi betina”. Mereka berkata:”Apakah kamu hendak menjadikan kami buah ejekan?” Musa menjawab”aku berlindung kepada Allah agar tidak menjadi salah seorang dari orang-orang yang jahil”.

Mereka menjawab: mohonkanlah kepada tuhanmu untuk kami, agar dia menerangkan kepada kami, sapi betina apakah itu,” Musa menjawab : sesungguhnya Allah berfirman bahawa sapi betina itu adalah sapi betina yang tidak tua dan tidak muda; pertengahan antara itu; maka kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu”.

Mereka berkata :” mohonkanlah kepada tuhanmu untuk kami agar dia menerangkan kepada kami apa warnanya”. Musa menjawab :” sesungguhnya Allah berfirman bahawa sapi betina itu adalah sapi betina yang kuning, yang kuning tua warnanya, lagi menyenangkan orang-orang yang memandangnya”.

Mereka berkata :” mohonkanlah kepada tuhanmu untuk kami agar dia menerangkan kepada kami bagaimana hakikatnya sapi betina itu, kerana sesngguhnya sapi itu (masih) samar bagi kami dan sesungguhnya kami insya Allah akan mendapat petunjuk (untuk memperoleh sapi itu).

Musa berkata:” sesungguhnya Allah berfirman bahawa sapi betina itu adalah sapi betina yang belum pernah dipakai untuk membajak tanah dan tidak pla untuk mengairi tanaman, tidak cacat, tidak ada belangnya.” Mereka berkata:” sekarang barulah kamu menerangkan hakikat sapi betina yang sebenarnya”. Kemudian mereka menyembelihnya dan hampir sahaja mereka tidak melaksanakan perintah itu.


(al-Baqarah: 67-71)

OPKIM

Semalam aku hantar atin ke UM..aku ternampak banner OPKIM,lantas mengingatkan aku akan kenangan dolu-dolu kala..aku tak igt OPKIM stand for what..cuma aku&anje pernah join bersama aktiviti ini bersama anak2 Pahang UM..kenangan itu terlalu indah&semakin samar2 dalam ingatan aku..


Sekarang,hari ini akan jadi kenangan bila tiba hari esok..aku bahagia dengan kenangan2 lalu walau ada suku dari itu,ingin aku ubahnya..


Allah ya Rabbi,sesungguhnya hambamu ini memohon ampun&taubat akan dosa2 silam..jauhkan aku dari menghampiri& mengulangi dosa2 tersebut..

Amin..Allahumma Amin.

Khamis, 12 April 2012

Aish,tanganku yg lentik ini…

Ada tugasan penting yg telah diamanahkani kpd aku..alahai nasib badan..ingin ku menukar nama saat itu jugak..tugasan yg ditugaskn kpdku adalah menjadi ketua gubahan..hohoho~ gubahanlh sgt..


Aku ni klo blh jd ajk aje atau xjd ape2 lg bgus..biolh xdapat anugerah guru cemerlang..aku enjoy dgn kije aku sbg cikgu cabok,atau kewujudan aku org xperasan pn xape..jnji aku dtg sekolah,ajar murid2 syg,buat rancangan mengajar..tiba time,balik umah..itulah aku.

Rabu, 11 April 2012

KennyRogers

Teringin giler bila nampak poster&pamplet lamb roasted kenny rogers..ish,xboleh jadi ni,mesti kena taste..jadi,minta en.anje bawakan ke kenny rogers,dia kata okeh no problem..hari ni kami lunch di kenny rogers subang parade,amik set lamb&ayam roster rm 30.90-superlicious! Atin amik set lamb shj 21.90, khadiijah wafi spegeti bolonis rm16.50&air strawberi yogurt rm11.90,aaminah wafi 1 bowl macaroni n cheese rm6.90 klo xsilap.. So,sape blm cuba,bolehlh terjah kenny rogers..
Kemudian,kami ke MPH..mmg bajet nk beli buku peter&jane memandangkan kak long dh blh membaca buku 1a&1b dengan lancar..jadi kami decide untuk beli 1c&2a..dahtu,robda2 parkson cuci mata terus balik..ada temujanji ngn kawan yg nak belanja makan kt aroma ikan bakar jeram ptg nnt..
Sampai umah,kami urus diri bersiap ke aroma ikan bakar..abang tinggal ngn bonda di rumah..kesimpulannya,jgn dtg time2 cuti…org punyalah terlampau ramai tp berbaloi sbb sedap masakanye…next time blh dtg lagi :)terima kasih pada rahman&adi sbb belanja makan..lain kali bolehlh belanja lagi,hihihi :)
Okehlah,nk tdo dah ni..esok kije…

Isnin, 9 April 2012

Monday blues…


Eeee,malasnye nk keje hari ni…pada hari isnin atau setelah cuti panjang,mesti ada rasa malas nk kije..time2 mcm nilh aku kene kuatkan semangat untuk bangkit berkeje..ikutkn rasa yg tengah mengulit si abg afkaar ni,mau aku layan ngntuks yg masih berbaki..


Walaupun sabtu  ahad cuti,isnin menjengah tiba,aku dok sibuk2 membilang rabu yg bakal menjelma sbb cuti umum sempena pertabalan yg dipertuan agong..yeeehaaa!

Aku suka lepak2 kt umah..rasa xmo keje lg,jaga anak2…buat perkara yang menggembirakan hati walaupun kene bergasak&berkejar dgn anak2..osemnye..

Untungnye kwn2 yg dh dpt resign dari keje mereka..lega rasa hati bila anak blh dijaga sendiri..anak2 umi,maaf ye syg sbb suku dari masa umi berada di tempat keje tapi ketahuilah,setiap detik&saat asyik dok ingat pada kalian..i love u all much! :)

Ahad, 8 April 2012

jalan-jalan

Hari Ni lepas solat subuh terus gerak pergi pasar tani Shah Alam.. Naik motor je.. Igt nak naik kereta tapi xpelh naik motor je…alhamdulillah, sampai pasar tani tgk dh ramai orang dh datang selamat naik motor, boleh parking selit2 je…



Mcm2 gelagat orang diperhatikan, pembeli mahupun penjual….


Suatu yang menjadi tanda tanya, kenapa pasar tani dipenuhi majoriti oleh orang Melayu… Mana perginya kaum Cina dan kaum India… Mungkin ada yg datang tp jumlahnya sgt sedikit…



Kena cari sebab kenapa kaum cina dan india tidak mahu memeriahkan pasar tani ni…sepatutnya, pihak berkuasa bandaraya perlu berfikir cammane nak tarik majoriti kaum cina dan india berkunjung ke pasar tani. Byknlh lesen berniaga untuk kedua2 kaum ni, atau buat jelh apa2 aktiviti di pasar tani yg boleh disertai oleh semua kaum Melayu,Cina dan India… Apa2 pn, semangat perkauman di Malaysia masih kuat… Cm mana kita nk jadi negara Bangsa ni…

Sabtu, 7 April 2012

Anje





Memandangkan semalam 6 April 2012 besday anje aku,lambat pulak aku wish besday kat dia..aku jadi org k2 wish besday selepas along dia..hihihi..antara ayat yg aku sms-sanah helwah cinta hatiku,Mohd Hairulhazan..pada tanggal 06April2012,sayang mendoakan agar insan dicintai sepenuh hati ini:romantis sokmo(memandangkan anje aku ini kurang romantis,jadi doa aku yg pertama,biar dia jadi romantis,hihihi),jauh malang,gembira sentiasa,tenang selalu,hidup diredhai,doa dimakbul,umur berkat,kesihatan baik,kerjaya mantop,usaha berterusan,maju jaya,luas rezeki,idea bernas,afkaar abqari&keluarga bahagia..amin ya Rabb..hadiah tahun ni,xsempat nk siapkan..lmbat sket baru bagilah  yang lain2,simpanan peribadilah..

























19Julai2012- akhirnya, inilah tempahan towel dark brown&maroon untuk hadiah anje tahun ini