Hari semakin menghampiri penutupnya, setelah masuk waktu maghrib, bermula tarikh baru di dalam kalender Islam. Oleh kerana kita sentiasa disuap dengan sistem barat, kita sering beranggapan bermulanya hari baru adalah setelah pukul 12.00 malam, sehingga saya sendiri pun tidak pasti esok berapa haribulan di dalam kalender Islam..begitu berjayanya barat menjajah pemikiran orang Islam dengan sistem2 mereka…
Suatu ketika, sedang saya menunggang motorsikal di Federal Highway, berjumpa saya dengan sepasang suami isteri menunggang motorsikal bersama dengan seorang anak berusia lebih kurang 2 tahun sarat bersama dengan barang2 di dalam plastik bag. Jangkaan saya, mereka baru pulang membeli belah….
Entah mengapa, sayu saya melihat mereka sebegitu. Kesukaran yang dihadapi terpaksa berhimpit2 tiga beranak dengan segala barang2 yang telah dibeli. Saya berfikir, begitu keadaan kami ketika baru memulakan kehidupan berumahtangga bersama anak sulong lebih kurang 3 tahun yang lepas. Tidak memiliki kereta, kemana-mana sahaja hanya dengan bermotosikal, kadang2 meredah hujan untuk kesana-sini.
Sekarang tidak lagi begitu, kehidupan semakin senang, Alhamdulillah. Namun, bila melihat ada orang lain yang susah seperti kami dahulu, saya berdoa semoga mereka mesti tabah dan cuba mencari kehidupan yang lebih baik.
Saya apabila disajikan dengan penderitaan masyarakat di dalam rancangan Bersamamu tv3, melihat kehidupan sebuah keluarga berkongsi rumah dengan binatang peliharaan, entah mengapa sayunya dan rasa sedihnya tidak sesayu melihat pasangan yang menunggang motorsikal tersebut. Saya berfikir, mungkin kerana saya pernah merasai kesusahan yang sedang mereka lalui, ianya lebih memberi kesan kepada sanubari jiwa…waAllahualam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan